Showing posts with label iklan. Show all posts
Showing posts with label iklan. Show all posts

Friday, June 18, 2010

Pasar kereta api Maeklong

pertama di dunia pasar atas landasan keretapi...Pasar kereta api Maeklong yang menarik ini terletak di Mae Klong, Samut Songkhram, Thailand. Kereta api komuter no 4382 dari Mae Klong menuju ke Ban Laem akan melalui pasar kereta api ini. Lembaga Perlancongan Thailand mempelawa peminat kereta pai ke pasar kereta api yang terletak di tengah Thailand ini....

Pemandangan unik, kereta api penumpang sedang melalui di tengah-tengah Pasar Maeklong, Samut Songkhram, Thailand

Maeklong Market Railway

Maeklong Market

Maeklong Market

Pasar di Sepanjang Rel Kereta Api di Bangkok, Thailand

sesiapa yg dpt tgk secara realiti pasti teruja dgn kehidupan disana....

pasar tani di thailand

Bagi yg ingin ke Thailand jangan lepaskan peluang untuk mengunjung pasar tani di Thailand ini...Berbagai-bagai jenis barangan pelik boleh dilihat di sana yang tak pernah terdapat di pasar tani di Malaysia...Jangan terkejut nanti......pelik tapi benar....kuatkan semangat br blh pergi ke sana...



















Monday, May 24, 2010

Bidan terpotong jari bayi


Aduh.. ngeri pula bila membaca berita seorang bidan terpotong jari bayi yang baru lahir ketika hendak memotong tali pusat. Bidan tu pulak bukannya bidan terjun atau bidan praktikal tapi berpengalaman luas selama 22 tahun sebagai bidan. Di harap insiden ini tidak berlaku. Kesian pada bayi dan ibu bapa bayi tersebut. Yang paling kesian adalah bayi perempuan tersebut.



WOLVERHAMPTOM - Seorang wanita yang baru menjadi ibu, Jasvir Kainth, 28, hampir histeria apabila dia melihat seorang bidan terpotong sebatang jari anak perempuannya yang baru lahir semasa tali pusat bayi berkenaan dipotong, lapor sebuah akhbar semalam.

Suaminya, Parminder Kainth, 36, turut cemas melihat darah di bilik bersalin Hospital New Cross di sini, England pada Jumaat lepas.

Bayi baru lahir itu terpaksa dihantar ke Hopsital Kanak-Kanak Birmingham kira-kira 27 kilometer dari sini untuk menyambung semula jarinya yang terputus.

Wednesday, May 19, 2010

Peladang Setiu Agro Resort

Peladang Setiu Agro Resort
Lot 3912, Guntong,
22040 Setiu, Terengganu, Malaysia



Location Map for Peladang Setiu Agro Resort



Accommodation in Peladang Setiu Agro Resort

Rooms have:

  • colour TV
  • coffee/tea making facilities
  • in-room safe and refrigerator
  • toiletries
  • writing table
  • and other facilities.

Rate valid till 31st Dec 2008

Rate

The New Link Chalet

RM 99.00 nett

Garden View Chalet

RM 125.0 nett

Pool View Chalet

RM 139.00 nett

Deluxe Chalet RM 159.00 nett
Deluxe Family Chalet RM 199.00 nett

All rates are nett quoted in RM and INCLUDED 5% government tax & 10% service charge.
Terms & Conditions

Pengawal kembali tenat

secoret kata,,,,,
Pengawal keselamatan Istana Negeri, Kubang Kerian, Ramli Mohamad, 50, (gambar) yang parah ditembak di dadanya dilaporkan kembali kritikal di Unit Rawatan Rapi, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II)
Terdapat jangkitan kuman pada beberapa organ penting mangsa seperti paru-paru, buah pinggang dan hati. "Beliau(Ramli) masih tidak sedarkan diri dan terpaksa bergantung kepada mesin sokongan hayat,''
semalam Pemangku Raja telah menghulurkan sumbangan RM100,000 kpd keluarga beliau,,,

Thursday, May 13, 2010

Mumia Korea 500 tahun dijumpai


GAMBAR menunjukkan mumia seorang wanita berusia 500 tahun yang ditemui di bandar Osan, Korea Selatan.


SEOUL - Mumia seorang wanita yang dipercayai berusia 500 tahun ditemui di sebuah tapak kompleks industri di bandar Osan, 35 kilometer dari ibu negara Korea Selatan, Seoul, lapor sebuah akhbar semalam.

Mumia tersebut ditemui di dalam sebuah keranda kayu bersama beberapa helai pakaian mewah, sejumlah barangan perhiasan dan sebuah beg tangan.

Beberapa penyelidik di Institut Penyelidikan Warisan Kebudayaan Seogyeong percaya wanita itu ialah isteri seorang pegawai kerajaan berpangkat tinggi yang meninggal dunia pada kurun ke-16 semasa pemerintahan Dinasti Joseon.

Dinasti berkenaan memerintah Semenanjung Korea dari tahun 1392 hingga 1910.

Sebelum dimakamkan, mayat golongan bangsawan terlebih dahulu diletakkan ke dalam keranda kayu tebal dan dilitupi dengan lapisan batu kapur bagi mengasingkan tubuh mayat daripada kelembapan dan udara.

Wednesday, March 10, 2010

Manohara, Daisy diarah bayar RM6j

KUALA LUMPUR - Manohara Odelia Pinot dan ibunya Daisy Fajarina

diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi di sini supaya membayar ganti rugi berjumlah RM6 juta kepada suaminya, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra setelah jumlah kerugian yang dialami oleh Tengku Temenggong Kelantan itu ditaksirkan pagi ini.

Penolong Kanan Pendaftar, Noordura Mohamed Din dalam keputusan beliau memerintahkan kedua-dua defendan membayar ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan pampasan yang setiap satunya bernilai RM2 juta. Prosiding yang berlangsung dalam kamar selesai pada pukul 9.35 pagi.

Peguam Mohd. Haaziq ketika ditemui di luar mahkamah sejurus prosiding memberitahu: ``Mahkamah mendapati fitnah yang dilemparkan oleh Manohara dan ibunya amat serius.

"Setelah mahkamah mempertimbangkan kedudukan plaintif, keseriusan fitnah yang dibuat dan keadaan istimewa dalam kes tersebut maka mahkamah memutuskan jumlah tersebut.''

Menurut Mohd. Haaziq, pihaknya akan pergi ke Indonesia secepat mungkin untuk menyerahkan perintah tersebut.

"Kami juga akan meneruskan prosiding undang-undang sivil di Indonesia."

Sekiranya mereka gagal menjelaskan ganti rugi tersebut, ujar Mohd. Haaziq, tindakan menghina mahkamah boleh dibuat terhadap defendan.

Pada 20 Julai 2009, plaintif memfailkan saman fitnah RM105 juta terhadap kedua-dua defendan tersebut kerana didakwa memfitnahnya dalam sidang media pada April dan Jun tahun lalu.

Plaintif sebelum ini memenangi tuntutan saman itu setelah mahkamah membenarkan permohonan beliau untuk memasukkan penghakiman ingkar terhadap Manohara, 18, dan Daisy, yang gagal melantik peguam baru selepas peguam asal mereka menarik diri.

Penghakiman ingkar adalah satu keputusan yang mengikat dan berpihak kepada plaintif jika defendan gagal mengambil sebarang tindakan terhadap saman atau tidak hadir di mahkamah.

Dalam pernyataan saksi itu, Tengku Muhammad Fakhry turut mendakwa, kenyataan defendan yang menggambarkan beliau seperti binatang buas telah menjejaskan reputasinya hinggakan beliau merasakan sebarang jumlah ganti rugi yang diterima tidak mungkin dapat memperbaiki reputasinya. - Utusan

Wednesday, December 16, 2009

Manohara akui ada banyak wang


MANOHARA


JAKARTA - Bekas model Indonesia, Manohara Odelia Pinot menyatakan dia kini memiliki wang yang lebih banyak berbanding semasa tinggal bersama suaminya, Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra, lapor sebuah akhbar semalam.

"Tanpa menikah, Mano bisa beli berlian, beli tas, dari hasil kerja, keringat Mano sendiri," ujarnya yang menggelarkan dirinya dengan panggilan Mano.

Sebelum ini dia berlakon dalam sinetron yang mengisahkan kisah hidupnya itu.

Bekas model itu berkata di pejabat peguamnya di sini, dia kini boleh berbelanja sesuka hati tanpa sekatan dan bebas berjalan di Indonesia dengan tenteram.

Menurut akhbar itu, semasa Manohara menjadi isteri Tengku Mohammad Fakhry, dia cuma diberikan kad kredit dengan mengandungi sekatan perbelanjaan.

Peguam Manohara, Hotman Paris Hutapea sempat mencelah dengan menyatakan bahawa permintaan suaminya supaya Manohara membayar balik hutang sebanyak RM1.1 juta sebagai tidak wajar.

Akhbar itu melaporkan bahawa keputusan Mahkamah Tinggi Syariah di Kota Bharu pada 13 Disember lalu yang mengarahkan Manohara membayar hutang dibuat tanpa kehadirannya.

Bagaimanapun, kata peguam Manohara itu, sebarang keputusan mahkamah di Malaysia tidak boleh dikuat kuasakan di Indonesia.

Menurut undang-undang di Indonesia, keputusan hakim luar negara tidak boleh dilaksanakan di negara ini.

Manohara mengemukakan alasan keselamatannya tidak terjamin sebagai punca dia tidak datang ke Malaysia.

Bekas model itu turut menegaskan dia tidak akan kembali ke Malaysia.

Menurutnya, dia berasa amat trauma semasa menjadi isteri Tengku Muhammad Fakhry.

Pada awal tahun ini, Manohara berjaya melarikan diri ke Jakarta semasa dia melawat bapa mertuanya yang dirawat di sebuah hospital di Singapura. - Agensi

Monday, December 7, 2009

Kosmo 08-12-2009,,,,

Sorok dadah dalam kemaluan - Wanita warga Thailand kena hukuman penjara 16 tahun

skrg mcm2 ragam manusia nak cari untung dgn cara salah,,benda haram pon nak buat asal senang cikit,sekejap n dot dot dot,,,
yg buat salah perempuan plak tu,,,mentang2 la senang nak bawa n sembunyi barang,dia ingat pihak berkuasa xtau
Subject: FW: KBMall Tragedy

Tragedi KB Mall: 2 maut 3 cedera parah, kereta menjunam ke dalam supermarket

Posted by RAKYAT MARHAEN Ahad, 2009 Disember 06

salah seorang mangsa yang cedera parah terkena bongkah batu dan kereta meninggal dunia serta merta di tempat kejadian.Mengikut maklumat pengawal di situ kedua-dua mangsa yang tekorban adalah pelajar dari kolej perubatan swasta Masterskill bersebelah KB Mall.

setelah berita ini tersebar, ribuan yang datang membanjiri di hadapan KB Mall untuk mengetahui cerita sebenar dan melihat sendiri apa yang berlaku di dalam supermarket KB Mall.Sehingga berita ini ditulis semua pintu utama supermarket masih lagi ditutup.Orang ramai masih lagi menunggu berita terkini dari luar KB Mall. gambar ini dirakam dari tingkat 3 tempat Parking KB Mall di mana tempat kereta merempuh benteng simen.

Pecahan siling dan Lubang besar yang terbentuk akibat dari rempuhan kereta yang hilang kawalan dari parking tingkat 3.Dari pecahan benteng simen inilah kereta menjunam ke dalam supermarket.

Beberapa orang anggota Polis sedang memerhati pecahan dinding konkrit simen yang pecah akibat rempuhan kereta.Dari tempat inilah kereta yang hilang kawalan telah merempuh dan masuk menjunam ke dalam supermarket.

Dalam kita semua dok kalut urus tragedi dan mangsa-mangsa... 3 ekor ni kalut dok mencuri pakaian.Salah seorang tu abg aik dan saya sempat tangkap..bagi upah mencuri sikit.selepas 10 minit, sekor lagi kita dapat tangkat sedang bersembunyi dalam kedai pakaian yang telah ditutup... alasan 3 ekor ni pada pengawal2 senang je,, depa nak ambik helmet yang tertinggal kat dalam KB Mall.Teruk juga Pengawal2 tu bagi upah menipu kat 3 mangkuk ini.



Di kota bharu, kelantan, dua orang pelajar perempuan masterskill maut dan seorang lagi parah selepas sebuah kereta dari tingkat tiga sebuah pasaraya kb-mall terjunam sebelum menghempap mangsa.

Kejadian berlaku jam 5.40 petang tadi.

Menurut saksi yang melihat kejadian itu berkata, ketika kejadian, pemandu kereta jenis mazda dan dua lagi penumpang kesemua-nya dipercayai wanita, sedang belajar memandu di tempat letak kereta atas bangunan pasaraya itu.

Kemudian, kereta yang dipandu itu gagal dikawal dan merempuh bumbung pasaraya berkenaan sebelum terjunam ke eskalator yang berada ditingkat dua.

Pada ketika itu, mangsa, siti nor amira samsuddin 19, siti nor diana azman 18 dan rashidah ahmad lutfi 24, berada di-eskalator berkenaan.

Mangsa, siti nor amira yang cedera parah dikepala mati ditempat kejadian, manakala siti nor diana mati dalam perjalanan ke hospital setelah pendarahan teruk di kepala.

Manakala rashidah cedera parah,dan masih berada di unit rawatan rapi, ICU, hospital raja perempuan zainab II kota bharu.

Bagaimanapun, pemandu dan penumpang kereta berkenaan dipercayai melarikan diri.

Kejadian itu turut menggemparkan pengungjung di pasaraya berkenaan.

Ketua polis daerah kota bharu, a-c-p zahruddin abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Bagaimanapun polis masih menyiasat kes itu dan meminta pemandu dan pemunpang kereta berkenaan tampil dan membuat laporan polis bagi membantu siasatan.

Buat sementara waktu pasaraya kb-mall di tutup kepada orang ramai sehingga siasatan selesai dan ia disahkan selamat untuk dikunjungi.