Wednesday, December 16, 2009

Manohara akui ada banyak wang


MANOHARA


JAKARTA - Bekas model Indonesia, Manohara Odelia Pinot menyatakan dia kini memiliki wang yang lebih banyak berbanding semasa tinggal bersama suaminya, Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra, lapor sebuah akhbar semalam.

"Tanpa menikah, Mano bisa beli berlian, beli tas, dari hasil kerja, keringat Mano sendiri," ujarnya yang menggelarkan dirinya dengan panggilan Mano.

Sebelum ini dia berlakon dalam sinetron yang mengisahkan kisah hidupnya itu.

Bekas model itu berkata di pejabat peguamnya di sini, dia kini boleh berbelanja sesuka hati tanpa sekatan dan bebas berjalan di Indonesia dengan tenteram.

Menurut akhbar itu, semasa Manohara menjadi isteri Tengku Mohammad Fakhry, dia cuma diberikan kad kredit dengan mengandungi sekatan perbelanjaan.

Peguam Manohara, Hotman Paris Hutapea sempat mencelah dengan menyatakan bahawa permintaan suaminya supaya Manohara membayar balik hutang sebanyak RM1.1 juta sebagai tidak wajar.

Akhbar itu melaporkan bahawa keputusan Mahkamah Tinggi Syariah di Kota Bharu pada 13 Disember lalu yang mengarahkan Manohara membayar hutang dibuat tanpa kehadirannya.

Bagaimanapun, kata peguam Manohara itu, sebarang keputusan mahkamah di Malaysia tidak boleh dikuat kuasakan di Indonesia.

Menurut undang-undang di Indonesia, keputusan hakim luar negara tidak boleh dilaksanakan di negara ini.

Manohara mengemukakan alasan keselamatannya tidak terjamin sebagai punca dia tidak datang ke Malaysia.

Bekas model itu turut menegaskan dia tidak akan kembali ke Malaysia.

Menurutnya, dia berasa amat trauma semasa menjadi isteri Tengku Muhammad Fakhry.

Pada awal tahun ini, Manohara berjaya melarikan diri ke Jakarta semasa dia melawat bapa mertuanya yang dirawat di sebuah hospital di Singapura. - Agensi

No comments:

Post a Comment