diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi di sini supaya membayar ganti rugi berjumlah RM6 juta kepada suaminya, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra setelah jumlah kerugian yang dialami oleh Tengku Temenggong Kelantan itu ditaksirkan pagi ini.
Penolong Kanan Pendaftar, Noordura Mohamed Din dalam keputusan beliau memerintahkan kedua-dua defendan membayar ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan pampasan yang setiap satunya bernilai RM2 juta. Prosiding yang berlangsung dalam kamar selesai pada pukul 9.35 pagi.
Peguam Mohd. Haaziq ketika ditemui di luar mahkamah sejurus prosiding memberitahu: ``Mahkamah mendapati fitnah yang dilemparkan oleh Manohara dan ibunya amat serius.
"Setelah mahkamah mempertimbangkan kedudukan plaintif, keseriusan fitnah yang dibuat dan keadaan istimewa dalam kes tersebut maka mahkamah memutuskan jumlah tersebut.''
Menurut Mohd. Haaziq, pihaknya akan pergi ke Indonesia secepat mungkin untuk menyerahkan perintah tersebut.
"Kami juga akan meneruskan prosiding undang-undang sivil di Indonesia."
Sekiranya mereka gagal menjelaskan ganti rugi tersebut, ujar Mohd. Haaziq, tindakan menghina mahkamah boleh dibuat terhadap defendan.
Pada 20 Julai 2009, plaintif memfailkan saman fitnah RM105 juta terhadap kedua-dua defendan tersebut kerana didakwa memfitnahnya dalam sidang media pada April dan Jun tahun lalu.
Plaintif sebelum ini memenangi tuntutan saman itu setelah mahkamah membenarkan permohonan beliau untuk memasukkan penghakiman ingkar terhadap Manohara, 18, dan Daisy, yang gagal melantik peguam baru selepas peguam asal mereka menarik diri.
Penghakiman ingkar adalah satu keputusan yang mengikat dan berpihak kepada plaintif jika defendan gagal mengambil sebarang tindakan terhadap saman atau tidak hadir di mahkamah.
Dalam pernyataan saksi itu, Tengku Muhammad Fakhry turut mendakwa, kenyataan defendan yang menggambarkan beliau seperti binatang buas telah menjejaskan reputasinya hinggakan beliau merasakan sebarang jumlah ganti rugi yang diterima tidak mungkin dapat memperbaiki reputasinya. - Utusan
No comments:
Post a Comment