Tuesday, February 15, 2011

Gerakkan Hati

Assalamualaikum wr.wb

Perkongsian ilmu dr seorang hamba Allah yg mana kehidupan
beliau seperti manusia yang lain,,,beliau menceritakan kepada
saya bagaimana,kenapa dan mengapa pada hari tersebut hati
beliau tergerak dan tersentuh tuk menonton rancangan ilmu ISLAM...
begini cerita nya.........
Seperti biasa waktu pagi aku akan mula bekerja seperti sahabat
yang lain,,untuk menghilangkan rasa boring tempat kerja aku
akan buka web sembang dan juga youtube.pagi tersebut aku
mendengar lagu-lagu yang rancak bagi menghilangkan rasa
keserabutan perkara2 yg bermain di minda ku,,,,,
Sesungguhnya Allah itu maha adil,sedang aku mendengar lagu
yg rancak hati aku tersentuh dan tergerak tuk menonton dan
menghayati rancangan ilmu ISLAM yg maha agung...aku memilih
rancangan AQ(Akedemik Al Quran) musim pertama dan mendengar
juara AQ musim pertama Abdullah Fahmi mengaji dgn lagu dan
alunan yg mengasyikkan...
Aku juga menonton kisah perjalanan Abdullah Fahmi dr mula
(belum dikenali umum)hingga lah berjaya menjuarai AQ(terkenal),
seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat yg lebih tggi...subhanallah.
sepanjang aku menghayati kisah perjalanan beliau,tidak disangka
air mataku bergenang,hari tu hati aku cukup tersentuh menonton
rancangan perjalanan hidup Abdullah Fahmi,hati ku cukup2 tersentuh
menonton rancangan beliau...maha suci Allah yg telah membuka pintu
hati ku pada hari itu untuk terus mengingati keagunganNya.Ini kerana
untuk berjaya seseorang itu tidak semestinya dr family yg berada atau
kaya,cukup lah kaya dgn budi bahasa dan pekerti mulia....
hati ku cukup tersentuh bagaimana family yg hidup sederhana dapat
mendidik anak-anak hingga berjaya dalam ilmu ISLAM...
Aku tgk kehidupan Abdullah Fahmi cukup sederhana,asal dr family sederhana tetapi kaya budi bahasa,,,,didik lah anak-anak dgn penuh kasih sayang sesungguhnya ibu bapa adalah contoh kepada anak-anak kita dewasa kelak.
Aku bersyukur kepada mu ya Allah kerana telah membuka minda dan
hati ku cara tuk mendidik anak-anak dengan sempurna.
Ilmu yg datang dan dapat tanpa diminta satu ilmu yg berguna...
Cari lah ilmu selagi ada daya dan kudrat...
Perkongsian ilmu bukan seperti perkongsian atau menukar sesuatu benda(zahir)...
Oleh itu renung-renungkanlah,fikir-fikirkanlah.....

1 comment:

  1. kita ada 1 ilmu,sahabat ada 1 ilmu
    klu dikongsi jadi 2 ilmu...
    kita ada sebiji epal,sahabat ada sebiji epal
    klu dikongsi @ ditukar tetap 1....

    ReplyDelete