Sunday, June 20, 2010

UPSR, PMR mungkin dimansuh


MUHYIDDIN dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman bersalaman dengan perwakilan pada perasmian mesyuarat UMNO Bahagian Pagoh di Muar semalam.


MUAR - Kementerian Pelajaran membayangkan kemungkinan akan memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada masa hadapan.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau melihat ada kewajaran untuk berbuat demikian kerana aspek pembelajaran ketika ini dilihat lebih berorientasikan kepada peperiksaan sehingga tujuan utama untuk memberikan pendidikan holistik tidak dapat dilakukan sepenuhnya.

"Pihak kami sedang fikirkan sama ada akan kekalkan atau perlu hanya satu sahaja peperiksaan awam, seperti (contohnya) di peringkat SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) sahaja," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pagoh di Kompleks Seri Pekembar, Pagoh semalam.

p/s; apa pandangan semua klu betul keputusan yg dibuat dicapai....
tidakkah ia akan memberi kesan kepada pelajaran & pelajar tuk masa depan.....
fikir2 & renung2 kan..........

No comments:

Post a Comment