JOHANNESBURG - Kejutan, keajaiban serta tenggelamnya prestasi pemain bintang, semuanya disajikan pada pusingan akhir Piala Dunia 2010.
Seribu satu macam hidangan disajikan dan yang pasti, ramai 'kaki judi bola' yang tewas ekoran kejutan yang berlaku di bumi Afrika Selatan itu.
Juara bertahan, Itali disingkir seawal peringkat kumpulan bersama naib juara edisi lalu, Perancis.
Dua pasukan ini adalah antara lapan pasukan yang diramal mudah untuk melangkah kaki ke pusingan suku akhir Piala dunia 2010.
Ramalan tersebut berdasarkan reputasi mereka yang tidak pernah gagal untuk melangkah jauh pada kejohanan paling berprestij di muka bumi itu.
Namun, mereka lebih dulu ditunjuk jalan keluar sebelum sempat me- rasai sajian pada pusingan kedua.
Itali, Perancis, Argentina, Brazil, Sepanyol, Belanda, England dan Jerman adalah lapan pasukan pilihan yang akan menguasai pusingan suku akhir tetapi sebaliknya yang berlaku.
England turut tersingkir selepas dibelasah teruk oleh Jerman pada pusingan kedua.
Apa pun, tiga pasukan ini - Itali, England dan Perancis memang layak disingkirkan kerana mereka gagal menampilkan kualiti bola sepak yang diharapkan.
Tiada siapa menyangka Paraguay, Uruguay, Ghana, Jepun, Slovakia mahupun Amerika Syarikat berjaya melangkah ke pusingan kedua.
Mereka tidak tersenarai antara pasukan pilihan tetapi tampil hebat untuk melakar kejutan.
Ghana dianggap paling menyerlah dan kini sudah berada dalam kelom- pok lapan pasukan terbaik.
'Bintang Hitam' dari benua Afrika itu akan berdepan Uruguay pada pu- singan suku akhir.
Paling menarik ialah kejayaan dua pasukan dari Asia - Jepun dan Korea Selatan.
Jepun seharusnya berada dalam kelompok lapan pasukan terbaik tetapi mereka gagal melakukannya selepas tewas kepada Paraguay pada pusingan kedua menerusi penentuan sepakan penalti.
Okada masih bangga prestasi Samurai Biru
Kemaraan Korea Selatan pula dihalang oleh Uruguay.
Pusingan suku akhir pula dilihat menarik dan lebih terbuka.
Ia tidak lagi dikuasai satu benua tertentu kerana semua mempunyai wakil kecuali Asia.
Apa yang menarik ialah penguasaan benua Amerika Latin yang mempunyai empat wakil pada pusi- ngan suku akhir iaitu Brazil, Argen- tina, Uruguay dan Paraguay.
Eropah diwakili Belanda, Jerman dan Sepanyol sementara benua Afrika digalas oleh Ghana.
Selepas menyaksikan aksi pusinan kedua, ramai yang meramalkan bahawa Piala Dunia kali ini bakal dikuasai pasukan dari Amerika Latin.
Brazil dan Argentina yang tampil konsisten sepanjang kempen kali ini mendapat rating tertinggi untuk menjejak kaki ke perlawanan akhir.
Rating kedua pula diberikan kepada Brazil menentang Jerman, sementara Belanda dengan Argentina mendapat rating ketiga.
Sepanyol tidak berada dalam senarai pasukan yang layak ke perla- wanan akhir meskipun mereka memegang reputasi sebagai juara Eropah.
Tidak kurang juga yang meramal- kan bahawa empat pasukan dari Amerika Latin - Paraguay, Uruguay, Argentina dan Brazil akan menguasai saingan separuh akhir.
"Tidak mustahil ia boleh berlaku. Tetapi saya tetap meramalkan Brazil akan menghadapi Argentina pada perlawanan akhir," kata kolumnis sebuah akhbar di Johannesburg, J. Kabosh.
Menurutnya, jika ada pun wakil Eropah yang mampu melangkah jauh, ia mungkin diisi oleh Jerman.
"Saya tidak fikir Belanda dan Sepanyol akan pergi jauh kerana rentak permainan yang mereka tonjol- kan kurang memikat," katanya.
Di sebalik kejutan serta kekecewaan yang dialami pasukan pilihan, turut menjadi tumpuan ialah prestasi hambar pemain bintang yang diramal menyerlah pada Piala Dunia kali ini.
Penyerang England, Wayne Rooney adalah antara yang paling mengecewakan, begitu juga dengan prestasi Cristiano Ronaldo (Portugal), Fernando Torres (Sepanyol) dan juga Kaka (Brazil)
No comments:
Post a Comment