Friday, December 18, 2009
coretan buat baby
ni gambar sebelum operation,,,masih segar dlm ingatan,,,,,
Tidur dalam buai,,maybe tengah mimpi masa depan kot,,,dgn mulut terkumat
kumit sambil baca mantera,,,,
ni gambar kat HUSM kubang Kerian,,,sehari selepas operation,,,
masa ni keadaan dah ok cikit,,,tapi masih dlm pemantauan doktor pakar,,
kat tangan masih ada jarum yg berbalut,,klu xbalut nnt xtahu kemana plak
jarumnya,,,,maklum la aktif lebih,,,
sekarang dah blh bermain spt kanak2 lain yg masih baru,,,sblm ni baby x blh meniarap lama2,tp slps rawatan dah ok,semua baby gigit xkira benda apa asal dpt pegang je terus masuk mulut,,,
bila sihat dah semakin ok,berat dah bertambah,baby semakin aktif,nak jaga pun penat,tu blum blh brjalan lagi klu dah blh brjalan xtahu la mcm mn nnt,,,
blum brjalan dah jatuh sana sini,bl blh nnt xtahu nak cakap mcm mn,,,,tggu & lihat je nnt,,,
Nanti kita smbg kisah yg seterusnya,,,,,tggu la,,maybe bila cukup umur 1 thn ke atas plak,,,
Wednesday, December 16, 2009
Manohara akui ada banyak wang
JAKARTA - Bekas model Indonesia, Manohara Odelia Pinot menyatakan dia kini memiliki wang yang lebih banyak berbanding semasa tinggal bersama suaminya, Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra, lapor sebuah akhbar semalam.
"Tanpa menikah, Mano bisa beli berlian, beli tas, dari hasil kerja, keringat Mano sendiri," ujarnya yang menggelarkan dirinya dengan panggilan Mano.
Sebelum ini dia berlakon dalam sinetron yang mengisahkan kisah hidupnya itu.
Bekas model itu berkata di pejabat peguamnya di sini, dia kini boleh berbelanja sesuka hati tanpa sekatan dan bebas berjalan di Indonesia dengan tenteram.
Menurut akhbar itu, semasa Manohara menjadi isteri Tengku Mohammad Fakhry, dia cuma diberikan kad kredit dengan mengandungi sekatan perbelanjaan.
Peguam Manohara, Hotman Paris Hutapea sempat mencelah dengan menyatakan bahawa permintaan suaminya supaya Manohara membayar balik hutang sebanyak RM1.1 juta sebagai tidak wajar.
Akhbar itu melaporkan bahawa keputusan Mahkamah Tinggi Syariah di Kota Bharu pada 13 Disember lalu yang mengarahkan Manohara membayar hutang dibuat tanpa kehadirannya.
Bagaimanapun, kata peguam Manohara itu, sebarang keputusan mahkamah di Malaysia tidak boleh dikuat kuasakan di Indonesia.
Menurut undang-undang di Indonesia, keputusan hakim luar negara tidak boleh dilaksanakan di negara ini.
Manohara mengemukakan alasan keselamatannya tidak terjamin sebagai punca dia tidak datang ke Malaysia.
Bekas model itu turut menegaskan dia tidak akan kembali ke Malaysia.
Menurutnya, dia berasa amat trauma semasa menjadi isteri Tengku Muhammad Fakhry.
Pada awal tahun ini, Manohara berjaya melarikan diri ke Jakarta semasa dia melawat bapa mertuanya yang dirawat di sebuah hospital di Singapura. - Agensi
Thursday, December 10, 2009
Mas kahwin Selangor RM300
megat@kosmo.com.my
SHAH ALAM - Setiap pasangan yang bercadang untuk melangsungkan perkahwinan mereka di Selangor mulai tahun 2010 bakal dikenakan bayaran mas kahwin sebanyak RM300.
|
|
Sebelum ini, kadar mas kahwin di negeri itu hanya RM80 bagi anak dara manakala RM40 untuk golongan janda.
Mulai tahun depan, tiada lagi perbezaan untuk kadar mas kahwin sama ada untuk yang berstatus anak dara atau janda apabila kadarnya ditetapkan sama.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohamed Khusrin Munawi berkata, kadar mas kahwin baru itu berkuat kuasa 1 Januari dan kenaikan dibuat bagi menyelaras semula kadar mengikut perkembangan ekonomi semasa kerana ia tidak pernah dikaji sejak tahun 1978.
"Kadar baru mas kahwin ini telah mendapat persetujuan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Ketua Agama Islam negeri.
"Bagaimanapun, kita jangka kadar baru ini tidak membebankan pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga kerana jumlahnya adalah munasabah," katanya kepada selepas melancarkan Kad Perakuan Nikah Pintar di sini semalam.
Monday, December 7, 2009
Sorok dadah dalam kemaluan - Wanita warga Thailand kena hukuman penjara 16 tahun
skrg mcm2 ragam manusia nak cari untung dgn cara salah,,benda haram pon nak buat asal senang cikit,sekejap n dot dot dot,,,yg buat salah perempuan plak tu,,,mentang2 la senang nak bawa n sembunyi barang,dia ingat pihak berkuasa xtau
[Mahligai] KECANTIKKN LELAKI DAN KEGAGAHAN WANITA"
Hebatkah kita…………..Gagah kh kita ??
|
Soal Jawab
JANGAN MENGELUH ........... |
Tragedi KB Mall: 2 maut 3 cedera parah, kereta menjunam ke dalam supermarket
Posted by RAKYAT MARHAEN Ahad, 2009 Disember 06
salah seorang mangsa yang cedera parah terkena bongkah batu dan kereta meninggal dunia serta merta di tempat kejadian.Mengikut maklumat pengawal di situ kedua-dua mangsa yang tekorban adalah pelajar dari kolej perubatan swasta Masterskill bersebelah KB Mall.
setelah berita ini tersebar, ribuan yang datang membanjiri di hadapan KB Mall untuk mengetahui cerita sebenar dan melihat sendiri apa yang berlaku di dalam supermarket KB Mall.Sehingga berita ini ditulis semua pintu utama supermarket masih lagi ditutup.Orang ramai masih lagi menunggu berita terkini dari luar KB Mall. gambar ini dirakam dari tingkat 3 tempat Parking KB Mall di mana tempat kereta merempuh benteng simen.
Pecahan siling dan Lubang besar yang terbentuk akibat dari rempuhan kereta yang hilang kawalan dari parking tingkat 3.Dari pecahan benteng simen inilah kereta menjunam ke dalam supermarket.
Beberapa orang anggota Polis sedang memerhati pecahan dinding konkrit simen yang pecah akibat rempuhan kereta.Dari tempat inilah kereta yang hilang kawalan telah merempuh dan masuk menjunam ke dalam supermarket.
Dalam kita semua dok kalut urus tragedi dan mangsa-mangsa... 3 ekor ni kalut dok mencuri pakaian.Salah seorang tu abg aik dan saya sempat tangkap..bagi upah mencuri sikit.selepas 10 minit, sekor lagi kita dapat tangkat sedang bersembunyi dalam kedai pakaian yang telah ditutup... alasan 3 ekor ni pada pengawal2 senang je,, depa nak ambik helmet yang tertinggal kat dalam KB Mall.Teruk juga Pengawal2 tu bagi upah menipu kat 3 mangkuk ini.
Di kota bharu, kelantan, dua orang pelajar perempuan masterskill maut dan seorang lagi parah selepas sebuah kereta dari tingkat tiga sebuah pasaraya kb-mall terjunam sebelum menghempap mangsa.
Kejadian berlaku jam 5.40 petang tadi.
Menurut saksi yang melihat kejadian itu berkata, ketika kejadian, pemandu kereta jenis mazda dan dua lagi penumpang kesemua-nya dipercayai wanita, sedang belajar memandu di tempat letak kereta atas bangunan pasaraya itu.
Kemudian, kereta yang dipandu itu gagal dikawal dan merempuh bumbung pasaraya berkenaan sebelum terjunam ke eskalator yang berada ditingkat dua.
Pada ketika itu, mangsa, siti nor amira samsuddin 19, siti nor diana azman 18 dan rashidah ahmad lutfi 24, berada di-eskalator berkenaan.
Mangsa, siti nor amira yang cedera parah dikepala mati ditempat kejadian, manakala siti nor diana mati dalam perjalanan ke hospital setelah pendarahan teruk di kepala.
Manakala rashidah cedera parah,dan masih berada di unit rawatan rapi, ICU, hospital raja perempuan zainab II kota bharu.
Bagaimanapun, pemandu dan penumpang kereta berkenaan dipercayai melarikan diri.
Kejadian itu turut menggemparkan pengungjung di pasaraya berkenaan.
Ketua polis daerah kota bharu, a-c-p zahruddin abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Bagaimanapun polis masih menyiasat kes itu dan meminta pemandu dan pemunpang kereta berkenaan tampil dan membuat laporan polis bagi membantu siasatan.
Buat sementara waktu pasaraya kb-mall di tutup kepada orang ramai sehingga siasatan selesai dan ia disahkan selamat untuk dikunjungi.