RIYADH - Ketika kebanyakan jemaah haji berdoa dan beribadat, seorang jemaah dari Nigeria turut sibuk menjalankan misi menukar duit kertas dolar Amerika Syarikat (AS) palsu di beberapa buah pengurup wang di Mekah.
Namun tindakan licik suspek tidak bertahan lama setelah ditangkap pihak berkuasa Arab Saudi bersama wang tunai dolar AS berjumlah AS$22,000 (RM74,360).
Pihak polis tidak menolak kemungkinan lelaki berkenaan ialah sebahagian daripada sindiket yang lebih besar berikutan terdapat sejumlah kes serupa dikesan pada musim haji tahun ini.
"Jemaah-jemaah haji yang berasal dari Lagos berkenan ditangkap ketika sedang menukar dolar palsu dari sejumlah bank dan pengurup wang di Tanah Haram," kata pemimpin komuniti Nigeria, Abdullah Isa.
Ketua Delegasi Haji Nigeria, Babatunde Balogun bagaimanapun tidak dinamakan sebagai suspek walaupun seorang dari pegawainya ditahan melakukan jenayah tersebut.
Kes cubaan menukar not kertas AS palsu pernah dilaporkan pada musim haji tahun lalu namun pihak berkuasa percaya pentadbir jemaah dipercayai diperdaya melakukan kegiatan tersebut. - Agensi
No comments:
Post a Comment