Monday, July 26, 2010

Kapal Layar dari Botol Plastik





Prototipe kapal layar Plastiki yang berbahan botol plastik

GAMBAR menunjukkan bot Plastiki belayar melepasi bangunan Sydney Opera House semalam.


SYDNEY - Sebuah bot yang diperbuat daripada 12,500 botol plastik tiba di Pelabuhan Sydney semalam sekali gus menamatkan perjalanan merentasi Lautan Pasifik selepas belayar dari San Francisco, Amerika Syarikat (AS) pada 20 Mac lalu.

Bot yang diberi nama Plastiki yang merupakan idea keluarga terkenal dalam perbankan di Britain itu diberi sambutan meriah selepas mengharungi perjalanan sejauh 15,000 kilometer.

Seramai enam orang menaiki bot itu yang berhenti di Pulau Line, Samoa Barat dan New Caledonia sebelum tiba di Australia.

Botol-botol itu diikat pada platform bot dan dicantumkan dengan barang plastik dan gam diperbuat daripada biji buah gajus dan tebu.

Bot itu menggerakkan kemudi dengan menggunakan tenaga solar manakala janakuasa memperoleh tenaga dengan menggunakan konsep basikal.

Air yang digunakan di atas bot itu ialah daripada air kencing yang dikitar semula.

1 comment:

  1. kapal dah canggih dr botol..tapi air dr air kencing...air laut kan ada.....

    ReplyDelete