Sunday, May 30, 2010

Makam 3,300 tahun ditemui di Mesir

KAHERAH - Sekumpulan arkeologi telah menemui makam berumur 3,300 tahun milik seorang datuk bandar, Ptahmes di Saqqara, selatan Kaherah, kata beberapa pegawai semalam.

Menurut pegawai-pegawai itu, beberapa pemburu harta karun telah mencuri beberapa hiasan di dinding makam berkenaan.

Datuk bandar itu turut menjadi ketua tentera, penyelia perbendaharaan dan jurutulis diraja di bawah pemerintahan Seti I dan anaknya, Ramses II pada abad ke-13 Sebelum Tahun Masihi.

Penemuan itu pada awal tahun ini menyelesaikan misteri makam tersebut pada 1885 apabila sekumpulan ekspedisi asing menemuinya.

Namun, lokasi asalnya tidak diketahui kerana makam tersebut diliputi pasir.
"Sejak ia diliputi pasir, tidak ada seorang pun yang mengetahui mengenainya," kata seorang profesor arkeologi di Universiti Kaherah, Ola el-Aguizy yang mengetuai kerja-kerja ekskavasi

No comments:

Post a Comment