Monday, May 24, 2010

Bidan terpotong jari bayi


Aduh.. ngeri pula bila membaca berita seorang bidan terpotong jari bayi yang baru lahir ketika hendak memotong tali pusat. Bidan tu pulak bukannya bidan terjun atau bidan praktikal tapi berpengalaman luas selama 22 tahun sebagai bidan. Di harap insiden ini tidak berlaku. Kesian pada bayi dan ibu bapa bayi tersebut. Yang paling kesian adalah bayi perempuan tersebut.



WOLVERHAMPTOM - Seorang wanita yang baru menjadi ibu, Jasvir Kainth, 28, hampir histeria apabila dia melihat seorang bidan terpotong sebatang jari anak perempuannya yang baru lahir semasa tali pusat bayi berkenaan dipotong, lapor sebuah akhbar semalam.

Suaminya, Parminder Kainth, 36, turut cemas melihat darah di bilik bersalin Hospital New Cross di sini, England pada Jumaat lepas.

Bayi baru lahir itu terpaksa dihantar ke Hopsital Kanak-Kanak Birmingham kira-kira 27 kilometer dari sini untuk menyambung semula jarinya yang terputus.

No comments:

Post a Comment