Gambar kemalangan ngeri disimpang pulai perak, yang menuju ke cameron highlands. Sangat mengerikan...renung2kan lah,,,,,,,,,
Bas persiaran ini dari Pos Slim . Yang membawa penumpang Thailand.
Pasukan penyelamat mangsa, bomba mengeluarkan mangsa yang telah meninggal dunia.
PAsukan JPA, bomba membawa penumpang iaitu dari pelancong yang kebanyakkanya dari thailand, 28 orang mati, menuju ke Cameron Highlands.
Sadis dan menyedihkan. Innalillah.
Katanya siasatan awal mendapati pemandu bas itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik dalam longkang.
Katanya, polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan pada tengah hari telah mengerakkan 100 anggota penyelamat dalam operasi menyelamat. Rakyat tempatan yang terbunuh itu dipercayai pemandu atau pembantu pemandu bas terbabit.
Menurut sumber Tourism Malaysia pula, seramai 44 pelancong Thai menyertai pakej pelancongan ke Cameron Highlands menggunakan bas dua tingkat milik San Express Holiday dengan nombor pendaftaran AFX 2266 itu yang didaftar di Perak tetapi berpusat di Changloon, Kedah.
Pengarah Urusan syarikat itu, Sor Eng Hock yang kini berada di Bangkok kerana urusan perniagaan, ketika dihubungi berkata bahawa sebelum ini tidak pernah berlaku kemalangan melibatkan syarikat itu.
“Tak sangka jadi macam ini. Saya tak tahu punca…saya kena balik dan bincang,” katanya.Syarikat yang didaftarkan pada 2007 itu mempunyai enam bas. Ditanya mengenai bentuk bantuan kepada mangsa, Sor berkata syarikat akan merancang sesuatu.
“Buat masa ini saya amat sedih, saya memang trauma Saya tak tahu nak fikir atau buat apa-apa. Tapi kita akan rancang sesuatu untuk mangsa,” katanya.