Friday, April 30, 2010

Jepun akan lancar kapal layar angkasa


TOKYO 28 April - Jepun akan melancarkan 'kapal layar angkasa' yang digerakkan oleh partikel solar, demikian menurut agensi angkasa negara ini hari ini.

Roket yang membawa Ikaros atau singkatan kepada Interplanetary Kite-craft Accelerated by Radiation of the Sun berbentuk layang-layang itu, akan berlepas dari pusat angkasa Tanegashima di selatan Jepun pada 18 Mei ini.

"Ikaros adalah 'kapal layar angkasa' yang bergerak mengikut tekanan partikel cahaya matahari yang mengenai layarnya," kata pakar sistem angkasa di Agensi Penerokaan Angkasa Jepun (JAXA), Yuichi Tsuda.

Layar fleksibel itu yang lebih nipis daripada rambut manusia akan dilengkapi dengan sel solar yang menaja elektrik, sekali gus mewujudkan 'teknologi hibrid elektrik dan tekanan'.

Ikaros yang melibatkan belanja sebanyak 1.5 bilion yen (RM51 juta) akan menyaksikan penggunaan pertama teknologi baru itu di angkasa dengan JAXA merancang untuk mengawal laluannya dengan mengubah sudut partikel cahaya matahari yang mengenai layarnya.

Namanya menyerupai watak mitologi Greek, Icarus yang terbang terlalu dekat dengan matahari dan jatuh ke dalam laut.

Roket yang sama akan digunakan untuk melancarkan satelit pertama Jepun ke planet Venus, yang dikenali sebagai Akatsuki atau PLANET-C, sebuah satelit yang dihantar lebih awal oleh Agensi Angkasa Lepas Eropah

Tuesday, April 13, 2010

Adab memotong kuku

att369548.gif

Ada juga golongan yang mempertikaikan riwayat-riwayat di atas. Apapun secara amnya sunat memotong kuku pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat. Ada juga riwayat mengatakan siapa potong kuku setiap hari Rabu miskinlah ia. (Kesahihannya wallahua’lam). Seboleh-bolehnya elakkan dari mengekalkan memotong kuku pada hari Rabu (sekali-sekala tidak apa). Ini kerana isteri nabi iaitu Siti Khadijah pernah bertanya bagaimanakah caranya untuk menghabiskan harta beliau yang banyak. Maka jawab Nabi s.a.w. potonglah kuku pada setiap hari Rabu.

Nabi juga pernah berkata, jangan panjangkan kuku kerana syaitan berlari di atas kuku yang panjang. Begitu juga misai yang melebihi bibir mulut.

Kaedah yang paling mudah ialah:-

KUKU TANGAN

  1. Mulai dari Jari Telunjuk tangan kanan.
  2. Jari Tengah tangan kanan
  3. Jari Manis tangan kanan
  4. Jari Kelingking tangan kanan (Tinggalkan Ibu Jari tangan kanan)
  5. Jari Kelingking tangan kiri
  6. Jari Manis tangan kiri
  7. Jari Tengah tangan kiri
  8. Jari Telunjuk tangan kiri
  9. Ibu Jari tangan kiri
  10. Ibu Jari tangan kanan

Mula dari kanan, penghabisan juga sebelah kanan.

KUKU KAKI - Mula dari kanan, penghabisan sebelah kiri iaitu kelingking kiri. Mulai dari Kelingking Kanan dan bergerak ke jari-jari lain di sebelah kiri jari kelingking kanan . (